Biodata Al-Fadhil Ustaz Mohd Kazim Elias Al-Hafiz

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Ustaz Kazim Elias

Sebenarnya tengah mencari biodata ustaz mohamad kazim bin elias kat google search tapi buntu sangat. ada 2 entry dalam blog dan wikipedia je yang membantu saya dalam pencarian itu.

dalam sumber wikipedia:

Pengenalan

Ustaz Mohammad Kazim Bin Elias (28 november 1972) atau lebih dikenali di media massa dengan panggilan Ustaz Kazim adalah seorang penceramah bebas yang terkenal di seluruh Malaysia. Ceramahnya banyak dimuatnaik di laman youtube. Pendekatan komedi dan santai yang digunakan oleh Ustaz Kazim dapat menarik minat ramai pendengar dari pelbagai latarbelakang masyarakat. Topik-topik berkaitan dengan keluarga dan motivasi sentiasa menjadi intipati ceramah beliau. Merupakan pengasas dan pengetua untuk Pusat Pendidikan Al Barakah iaitu pusat pendidikan Islam yang beribu pejabat di Kg Manjoi, Ipoh, Perak. Ustaz Kazim juga banyak terlibat dengan aktiviti kemasyarakatan dan pembangunan agama Islam. Beliau sering dijemput untuk memberi ceramah disekitar tanah air terutama termasuk Singapura dan Brunei. Selain itu juga dijemput menjadi ahli panel atau pensyarah di siaran-siaran televisyen & radio utama nasional dan juga ceramah perdana. Selain itu beliau juga mempunyai Rakan2 FB seperti Ahmad Naqib bin Shuid dan lain2.

Latar belakang

Ustaz Kazim dilahirkan di Kampung Paya, [Kurau], daerah Selama, Perak pada 28 Noevember 1972.Merupakan anak ke 7 dari dari 9 adik beradik. Dari pasangan Elias Bin Che Mat dan Nazirah Binti Ismail iaitu seorang guru agama di sekolah di Batu Kurau. Bapanya juga seorang guru agama meninggal dunia ketika beliau berusia 8 bulan. Menurut salasilah keluarga, kedua-kedua datok dan neneknya juga merupakan guru agama yang aktif di daerah Batu Kurau sekitar awal tahun 1900. Ustaz Kazim juga merupakan adik kepada YB Kapt (B) Dato Hj Mohd Najmuddin bin Elias, seorang Ahli Dewan Undangan Negeri Perak.

Pendidikan

Mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Tok Sajak, Batu Kurau Perak. Kemudian menyambung persekolahannya di Sekolah kebangsaan Besout, Sungkai Perak apabila ibunya ditukarkan ke Sungkai. Menyambung persekolahan menengah di Sekolah Menengah Besaut. Disini lagi bliau telah menunjukkan ciri ciri kepimpinan apabila dilantik menjadi pengawas dan ketua pelajar dan juga mula mendekatkan diri dengan ilmu-ilmu agama melalui buku-buku yang diperoleh dari perpustakaan sekolah. Oleh kerana minatnya yang mendalam di dalam bidang agama, beliau telah memohon dan berjaya memasuki Sekolah Agama Syubbaniah, Batu Kurau selepas tingkatan 5 dan menduduki Sijil Pelajaran Malaysia. Beliau kemudian menyambung pembelajarannya di Maahad Tahfiz Al Quran & Qiraat Negeri Perak di Masjid Negeri Perak sehingga mendapat Diploma Tahfiz Al Quran.

Kerjaya & Pengalaman

Setelah menamatkan pengajian di Maahad Tahfiz Al Quran & Qiraat Masjid Negeri Perak, beliau mula mengajar sebagai guru tahfiz di Maahad Tahfiz Al Quran Addin, Tualang Sekah, Malim Nawar, Perak pada tahun 1993. Disamping itu juga beliau telah dijemput untuk menjadi pensyarah di Pusat Perkhidmatan Keluarga Cawangan Negeri Perak iaitu pusat kaunselling keluarga pada tahun 1994. Di pusat inilah beliau mula didedahkan dengan pelbagai karenah dan permasalahan keluarga. Namun walaupun dalam usianya yang muda itu, pendekatan rohaniah dan agama yang digunakan beliau mampu untuk menyelesaikan isu & masalah keluarga dan melalui kejayaannya disitu, beliau telah dilantik untuk menjadi pengarah bagi pusat kaunselling tersebut pada tahun 1996. Selain itu juga beliau adalah merupakan Imam untuk Masjid Al Aulia yang terletak di jalan Kuala Kangsar, Ipoh, Perak sehingga tahu 2001.

Walaupun telah bermula berdakwah pada awal tahun 1990 secara kecil kecilan di surau-surau dan madrasah, namun kegiatan dakwahnya mula mendapat sambutan yang luas apabila menubuhkan sebuah pusat dakwah yang diberi nama Sedaya Irham pada tahun 2001. Beliau yang juga merupakan Pengarah Urusan pusat itu juga mula berjinak dalam dunia perniagaan dimana beliau telah mula menjual produk-produk kesihatan dan keperluan muslim di pusat operasi Sedaya irham di Jalan Tun Abdul Razak Ipoh. Sedaya Irham dan nama Ustaz Kazim mula mendapat perhatian masyarakat yang tertarik dengan ceramah dan hala tuju pusat kelolaannya itu. Atas kesungguhan beliau mengurus tadbir Sedaya Irham dan kekuatan usahanya untuk meluaskan syiar Islam, beberapa penduduk yang prihatin dengan perjuangan Ustaz Kazim dan bersama ustaz telah menubuhkan sebuah pusat pendidikan Islam di sebuah lokasi di Kg Manjoi Ipoh Perak yang dinamakan Pusat Pendidikan Al Barakah pada tahun 2005. Sekarang Pusat Pendidikan Al Barakah semakin maju dan mempunyai asset mencecah jutaan ringgit.

CD dan VCD

Mempunyai ratusan ceramah yang dirakamkan dan dijual di seluruh Malaysia. CD ceramahnya boleh di dapati di Alias Salam.

Tajuk terkenal

  • Isi Neraka
  • Dosa Wanita
  • Hubungan Suami Isteri
  • Adinda Kekanda
  • Isteriku Sayang
  • Lelaki Dayus
  • Doa Anak yang Soleh

Buku & Artikel

Doa dan penawar ISBN 978-967-0526-02-3

Kolumnis Majalah ANIS, Q&A, IIslam, ASUH.

TV & Radio

  • RTM Ipoh
  • Halaqah TV9
  • Tanyalah Ustaz TV9
  • Al Kuliyah TV3
  • Forum Perdana TV1
  • Kalau Dah Jodoh Astro Oasis

sumber lain boleh dibaca di dcyberinfo.blogspot.com dan Hambamu BerQola

19 Responses to Biodata Al-Fadhil Ustaz Mohd Kazim Elias Al-Hafiz

  1. NurFarhana Mohad Roslan 25/07/2013 at 10:59 AM #

    Ustaz ni memang best pun. Suka sangat dengar ceramah dia. Memang kelakar and sempoi..
    NurFarhana Mohad Roslan ajak baca Resepi Cek Mek Molek di blog beliauMy Profile

  2. cik matahariku 13/07/2013 at 1:15 PM #

    saya pun suka dengar ceramah ustaz ni di youtube:)- terima kasih berkongsi info ini.
    cik matahariku ajak baca Edisi Khas Ramadan : Bagi 1 Dibalas 700 di blog beliauMy Profile

  3. Aku Penghibur 24/05/2013 at 12:14 PM #

    alhamdulilah terima sharing :) acik peminat ceramah UKE.. memang terbaik

  4. Ladfe Amir 23/05/2013 at 10:26 PM #

    Bukan nak buruk-burukkan beliau. Tapi ada masanya ilmu yg dikongsikan ianya tidak menepati dan merujuk Al-Quran dan hadis.

    Memang ramai yg suka sbb dia pandai melawak..tp pada masa yg sama jika asyik keluarkan hujah dan fakta tidak merujuk hadis yg sahih..tiada gunanya jadi pendakwah
    Ladfe Amir ajak baca Seminar Buat Duit Dengan Blog #SBDdB13 di blog beliauMy Profile

    • Profile photo of Khairil Mazri
      Khairil Mazri 23/05/2013 at 10:28 PM #

      itu memang mengakui begitu, takkan dengan fakta tu dia boleh ada pangkat Al-Fadhil?
      Khairil Mazri ajak baca Biodata Al-Fadhil Ustaz Mohd Kazim Elias Al-Hafiz di blog beliauMy Profile

    • Ummu Iman 31/12/2013 at 9:18 AM #

      Assalamu Alaykum, sorry to reply, I’m foreigner but I leave in Malaysia for 10 years till now, Ustaz Kazim Elias is the best Ustaz i never see in Malaysia, yes there is Masha Allah a lot Alhamdu Lillah but he knows how to touch your feeling and let you think about your self to make good challenge in your life and work for Akhirah not only for Dunia, and if you see any kind of mistake from his side better you bring your Hujjah and write to him to correct him, this what our prophet SAWS was teaching us in his Ahadith(Hadith) (“He is not among us who don’t accept advices and counseling”) in Arabic”Laysa Minna Man La Yaqbalu Annusha Wa Attanasuha), I ask his Almighty swt to guide us always to the right path ….Ameen

  5. jal 23/05/2013 at 10:23 PM #

    orang kata ustaz kazim ustaz BN, hahah speechless yang penting bila dia bagi ceramah best
    jal ajak baca Kepentingan Social Media Bagi Seorang Blogger di blog beliauMy Profile

Leave a Reply

CommentLuv badge

WP-SpamFree by Pole Position Marketing

Powered by WordPress. Designed by Woo Themes